Ismail Sabri berkata Dong Zong salah satau persatuan yang memainkan peranan dalam mengemukakan tuntutan dalam Dokumen Suqiu pada 1999. FMTNews
PETALING JAYA: Umno setuju dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa Dong Zong rasis dan mencabar Putrajaya mengharamkan pertubuhan pendidikan Cina itu, susulan kontroversi pengajaran khat di sekolah aliran.
Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob mendakwa Dong Zong seperti biasa akan menjuarai isu berkaitan kaum Cina, dan jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara berkaitan Melayu dan Islam, pertubuhan itu juga akan menjadi pemain utamanya. “Apakah kita sekarang ini bawah kerajaan DAP-Pakatan Harapan akan berterusan berbicara dan dihidangkan dengan isu perkauman dan tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong,” katanya dalam kenyataan hari ini.Mahathir semalam sekali lagi membidas Dong Zong, mengatakan kumpulan itu sentiasa berjuang untuk kepentingan satu kaum sahaja, sedangkan Malaysia negara berbilang bangsa.
Ismail hari ini berkata Dong Zong salah satu persatuan yang memainkan peranan dalam mengemukakan tuntutan dalam Dokumen Suqiu atau Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-persatuan Cina Malaysia pada 1999. Bekas menteri itu mendakwa dokumen itu mengandungi pelbagai tuntutan yang mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu, Bumiputera dan Islam.“Cadangan sebelum ini untuk mewujudkan Sekolah Wawasan di mana Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dikumpulkan dalam satu kampus ditentang oleh Dong Zong atas alasan tidak mahu budaya Melayu diterapkan kepada anak-anak mereka nanti,” katanya lagi.
South Africa Latest News, South Africa Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dr Mahathir anggap Dong Zong rasis | The Malaysian InsightSikap itu terserlah sejak lama seperti sewaktu pertubuhan itu menolak Sekolah Wawasan.
Read more »
Dong Zong rasis, tak pernah suka Melayu - Tun MLANGKAWI 12 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan apa jua keputusan kerajaan.
Read more »
'Dong Zong rasis' - Tun MPERSEKUTUAN Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dianggap sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara termasuk dalam isu pembinaan Sekolah Wawasan sebelum ini.
Read more »
Dr M: Dong Zong rasis, kaitkan tulisan jawi dengan IslamisasiDr Mahathir mempersoalkan sikap Dong Zong yang tidak membangkitkan isu khat sewaktu pentadbiran BN, memandangkan ia diluluskan sejak 2012 lagi. FMTNews
Read more »
Salah untuk Dr Mahathir anggap Dong Zong rasis, kata wakil rakyat DAP | The Malaysian InsightKebimbangan disuarakan Dong Zong tidak boleh dipandang remeh, kata mereka.
Read more »
Tak adil Dr M label Dong Zong 'rasis', kata bekas pengerusiVincent Lau berkata, kerajaan terlalu sensitif kepada suara rakyat dan perdana menteri serta menterinya dilantik untuk berkhidmat kepada semua rakyat, bukan hanya kumpulan tertentu. FMTNews
Read more »