Kembali ke pangkal jalan: Bagaimana dua belia radikal dapat menyingkirkan fahaman pelampau

South Africa News News

Kembali ke pangkal jalan: Bagaimana dua belia radikal dapat menyingkirkan fahaman pelampau
South Africa Latest News,South Africa Headlines
  • 📰 ChannelNewsAsia
  • ⏱ Reading Time:
  • 171 sec. here
  • 4 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 72%
  • Publisher: 66%

'Bila saya sedar ada orang di luar sana mengambil berat tentang saya, ini sememangnya memainkan peranan penting,' kata seorang bekas tahanan.

SINGAPURA: Hamzah masih belajar di sekolah menengah sewaktu pihak media mula melaporkan berita tentang ISIS. Terdorong dengan sifat ingin tahu tentang kumpulan yang mendakwa ia berjuang atas nama agama, remaja itu mula melayari internet untuk mencari maklumat lanjut tentang kumpulan itu.

Masyarakat mengenalinya sebagai fahaman radikal, tetapi bagi pemuda-pemuda ini, ia adalah satu"perjalanan rohani" untuk mencari apa yang mereka boleh lakukan untuk agama, jelas Ustaz Ahmad Saiful Rijal Hassan, yang menyumbang tenaga relawan sebagai kaunselor agama dalam Kumpulan Pemulihan Keagamaan sejak tahun 2011.

"Saya masih ingat saya asyik menonton video-video berulang kali, di mana manusia dibakar hidup-hidup dan orang ditembak di medan peperangan. Jadi saya memaksa diri saya menontonnya supaya saya bersedia dari segi mental. "Malah, semasa saya pertama kali disiasat, saya percaya ia adalah ujian terhadap keimanan dan kesetiaan saya kepada ISIS," katanya.

Pendidik berusia 62 tahun itu berkata:"Saya rasa seperti saya boleh memahami dirinya, seolah-olah dia anak saya... bezanya, anak saya jalan yang begini dan dia pula jalan yang lagi satu... Jadi bagi saya, pemilihan perjalanan hidup sangat penting sekali." "Mereka adalah individu-individu yang telah terpesong kerana berada dalam situasi di mana mereka fikir mereka benar, tetapi sebenarnya mereka salah," katanya.

Tetapi syarahan-syarahan oleh pelbagai pendakwah radikal mengubah fikirannya, dan dia merasakan satu tarikan emosi daripada kumpulan militan itu. Apabila saya mendengar tentang orang Islam lain yang dibunuh atau diseksa, ini juga"bermain dengan perasaan saya", kata Hamzah.Hamzah ditahan pada tahun 2015 semasa membuat rancangan perjalanan ke Syria. Menurutnya, dia menjalani pemulihan dengan"fikiran terbuka", tetapi Encik Salim masih ingat perasaan marah remaja itu.

Untuk menjalin hubungan, beliau biasanya datang sebagai seorang tutor pada mulanya, dan menawarkan bantuannya dalam kerja sekolah. Lama-kelamaan, hubungan itu dikembangkan untuk meliputi pembelajaran sosial dan emosi, pemikiran kritikal, penetapan matlamat dan hubungan kekeluargaan."Kadangkala kedua-dua pihak akan berputus asa dan menunjukkan sikap tidak hormat, dan saya rasa, jika anda tidak hormat, kita jangan teruskan.... Ada kalanya, saya terus angkat kaki.

Hamzah berkata"Beliaulah yang membantu saya pada masa saya bermasalah, terutama di dalam . Beliau membantu saya dari segi kemahiran hidup peribadi saya. Kaunseling agama dijalankan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan sepanjang tempoh tahanan. Berdasarkan pengalaman Ustaz Rijal, komunikasi yang jujur dan terbuka diperlukan untuk membina hubungan yang baik. Jarak usia juga penting untuk memastikan kedua-dua pihak serasi, kata kaunselor agama berusia 37 tahun itu.

Sesetengah tahanan mencabar beliau lebih banyak kali berbanding yang lain. Pada mulanya, sukar untuk meyakinkan mereka."Tetapi selepas anda memberikan mereka dalil yang lengkap, mereka tidak dapat mempertikaikannya," katanya. Selepas dibebaskan daripada tahanan, mereka dikenakan arahan sekatan. ISD berkata bahawa sebelum ini mereka yang dikenakan arahan sekatan tidak boleh menukar tempat tinggal atau pekerjaan, mahupun ke luar negara tanpa kebenaran.

"Mereka percaya bahawa jihad bermakna mengangkat senjata kerana itulah yang berlaku pada zaman permulaan Islam," kata beliau."Kita perlu faham bahawa perkara tertentu berlaku pada sesuatu masa tertentu atas sesuatu sebab atau tujuan tertentu. Oleh itu, anda tidak boleh melihatnya di luar konteks."

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

ChannelNewsAsia /  🏆 6. in SG

South Africa Latest News, South Africa Headlines



Render Time: 2025-03-29 08:53:50